Isu berkaitan cybercafe masih hangat, dan tidak pernah sesekali disejukkan dalam masyarakat Malaysia terutama di kalangan orang yang mendakwa diri mereka para pendidik, penguatkuasa undang-undang, dan yang utama, kebanyakannya terdiri dikalangan orang melayu. Pandangan demi pandangan yang lahir pada setiap hari sememangnya semakin memberi kehangatan dan seterusnya tekanan kepada pengusaha-pengusaha cybercafe. Perkara-perkara yang negatif sering saja dikaitkan. Seterusnya membawa pengusaha-pengusaha cybercafe ini kepada tindakan undang-undang.
Namun, apa yang berlaku pada hari ini ialah, cybercafe masih lagi wujud dan diusahakan di segenap pelosok negara ini dengan dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan atau tidak. Maka di sini, saya ingin mengajak anda semua berfikir dan memberi komen tentang apa itu cybercafe, peranan, tanggapan, dan kaitan undang-undang, berserta kecelaruan pada minda masyarakat Malaysia hari ini.
Topik-topik yang ingin dibincangkan adalah:
- pelanggaran undang-undang pihak berkuasa
- masalah remaja dan masyarakat (ponteng, liar, dsb.)
- manfaat atau faedah
- sikap dan minda masyarakat (pihak berkuasa, sekolah, ibubapa, pengusaha, pengguna, pelajar)
- kesimpulan @ penyelesaian isu
Semuanya ini adalah berdasarkan pemikiran individu dan mestilah TERBUKA.
Ogos 13, 2008 at 11:41 pm
Isu biasa yang keluar paper ialah pasal ponteng sekolah. Saman lak pasal budak bawah umur 18 thn yang msk dlm premis. Ada gak yg pakai uniform sek masuk cc walaupun mereka dh habis waktu sek. Hehe! ‘doc’ cuba kasi sikit psl pekeliling dari PBT yg suka sgt saman-menyaman ni. Nk buat kajian sikit.
Aku ni dlm keadaan ‘panas @ hangat’ dh psl cc aku slalu kene serbu. Aku kat ‘pantai timur’ ni. Camne ngan tokey2 kat Key Ell lak? Nak tahu gak ni.
Ogos 18, 2008 at 5:50 am
[...] CyberCafe vs Undang-undang Pihak berkuasa + Masyarakat Isu berkaitan cybercafe masih hangat, dan tidak pernah sesekali disejukkan dalam masyarakat Malaysia terutama di [...] [...]
Ogos 21, 2008 at 12:44 pm
Assalamualaikum.
Saya raser lah, isu cyber cafe ni tak sepatutnya diperbesarkan sebab byk juga kebaikan yang kita dapat dari wujudnya cc ni. Skrg ni, byk U yang buat online learning. Ramai cikgu dan ahli profesional yang terlibat. Bukannya budak2 jer. Pasal budak2 sekolah ni, jgn bagi mereka ponteng sekolah kat cc dah la. Klu nak masuk, biar waktu habis sesi prsekolahan mereka. Bagus juga klu jinakkn anak2 ngan komputer ni. Cuma perlu diberi pemantauan daripada mereka membuka webpage yang negatif. Sy cuma bimbang dengan generasi melayu akan datang sebab terlalu ramai orang melayu termasuk guru2 pada masa sekarang yang buta komputer. Nak guna program pun tak tahu, apatah lagi nak install atau buat maintenance. Orang melayu pula, ramai mana sgt yang mampu beli komputer untuk keluarga mereka, klu ada pun, mungkin yang P3 (skim KWSP) dulu. Program baru lansung tak boleh support. Memang ketinggalan. Sy pernh jumpa pelajar lepasan IPT yg tak reti nak print sbb guna office baru. MALULAH!! Anak saya yang umur 9 thn pun dah pandai print sendiri. Itu pun, sy tak prnh ajar dia secara formal. Tengok saya buat aje dh dpt tangkap. Cuma sy biarkn dia guna pc sy utk main game dan buat apa2 yg dia suka.
Ini sekadar pendapat sy tentang cc ni. Semuanya bergantung pada cara kita melatih atau mamantau anak2 kita. Jgn sampai mereka lupa tanggungjawab lain dah lar. Sebab klu mereka dah kaki ponteng, kat mane2 pun mereka akan ponteng juga. Bukan sekadar kat cc je. TV sekarang pun byk yg papar benda2 negatif. Cuma kita semua yg perlu jaga. Kat luar rumah pula, byk perkara lain yg negatif. Merempit ker, lepak ker, merokok ker, n byk lagi. Dan yg sedihnya, ramai pula org melayu yg terlibat.
Ok lah. Sekadar ini saja untuk kali ini.
Wassalam…..
Ogos 21, 2008 at 6:55 pm
Askum…
Saya rasa CyberCafe tidak harus dipersalahkan jika ia membuatkan ramai budak2 sekolah ponteng.Ini kerana gejala ponteng ini adalah disebabkan oleh kehendak seseorang itu sendiri.Walaupun CyberCafe tiada,mereka juga masih ponteng persekolahan dimana-mana tempat mengikut gerak hati mereka.Oleh itu CyberCafe bukan penyebab utama.Kerajaan juga perlu sedar akan kepetingan CyberCafe ini.Ia membuatkan orang ramai celik dalam bidang IT.Ini Akan menyumbang kepada pembangunan negara.Disini sudah terdapat contoh terdekat iaitu negara Jepun.Mereka amat maju dalam segi IT.
Rasanya ini saja dari saya.
Sekian.